Aplikasi Cadangan Susun Atur SBP/SMKA/MRSM Tingkatan 1
Aplikasi untuk membantu anda menyusun pilihan sekolah dengan strategik! 🎓
SBP (71)
- Pakej Perdana: 55
- Pakej Agama: 12
- Tahfiz: 4
SMKA (62)
- Pakej Agama: 51
- Tahfiz: 11
MRSM (59 Aliran)
- Premier: 29
- STEM-Excellence: 10
- IGCSE: 9
- Ulul Albab: 8
- Teknikal: 2
- Bitara: 1
Aplikasi ini hanya sebagai panduan pelajar. Kelas Maya tidak mempunyai sebarang kaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) , Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Kelas Maya tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan, hasil permohonan, atau sebarang isu berkaitan proses permohonan dan semua maklumat yang dipaparkan adalah untuk tujuan rujukan serta panduan sahaja.
Cadangan Susun Atur SBP/SMKA/MRSM Tingkatan 1
Pilih sekolah idaman anda, kami bantu susun! ✨
Cara Menggunakan Aplikasi Ini:
- Pilih Sekolah Idaman: Klik pada kotak sekolah yang anda minati dari senarai di bawah.
- Dapatkan Cadangan Susunan: Tekan butang "Susun Pilihan Saya" untuk melihat cadangan susunan strategik.
- Analisa 3 Pilihan Terbaik: Di tetingkap cadangan, pilih 3 sekolah untuk permohonan akhir dan sistem akan menganalisa sama ada susunan anda baik atau tidak.
Nota Penting:
- Campur Kategori: Anda dibenarkan mencampur pilihan (cth: SBP dan MRSM), tetapi adalah sangat digalakkan untuk memohon satu kategori sahaja (Semua SBP / Semua MRSM / Semua SMKA) untuk mencerahkan peluang.
- GPS 2024 & 2025: Gred Purata Sekolah untuk SPM. Skor yang lebih rendah menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sistem akan mengutamakan GPS 2025 (terkini) dalam susunan jika ada.
- MRSM: Program adalah kekal sehingga Tingkatan 5, kecuali pelajar aliran Premier berpeluang memohon ke aliran Bitara semasa di Tingkatan 4.
- SBP: Sewaktu Tingkatan 1-3, pelajar mengikuti pakej Perdana, Agama, atau Tahfiz. Apabila masuk ke Tingkatan 4, mereka akan memilih aliran STEM, STEM Agama, atau STEM Tahfiz (kecuali KISAS).
- SMKA: Pelajar aliran Agama boleh memilih aliran STEM atau Sastera & Kemanusiaan di Tingkatan 4, manakala pelajar Tahfiz akan meneruskan ke STEM Tahfiz.
Keutamaan Khas (MRSM Sahaja):
Nota: MRSM tertentu memberi keutamaan bagi kategori yang ditanda. Pelajar lain juga masih boleh memohon.
Akses Terhad
Ini hanyalah sebahagian senarai sekolah. Akses penuh untuk melihat keseluruhan senarai dan menyemak susunan pilihan adalah khusus untuk Pelajar dan Ibu Bapa Kelas Maya 2026. Sila log masuk ke akaun anda.
Log Masuk Sekarang