Aplikasi Cadangan Susun Atur SBP/SMKA/MRSM/MTD Tingkatan 1 (2027)
Aplikasi untuk membantu anda menyusun pilihan sekolah dengan strategik mengikut format terkini! đ
SBP (71)
- Pakej Perdana: 55
- Pakej Agama: 12
- Tahfiz: 4
SMKA (63)
- Pakej Agama: 52
- Tahfiz: 11
MRSM (60)
- Premier: 29
- STEM-Excellence: 11
- IGCSE: 9
- Ulul Albab: 8
- Teknikal: 2
- Bitara: 1
MTD (1)
- Ketenteraan
- (Lelaki Sahaja)
Aplikasi ini hanya sebagai panduan pelajar. Kelas Maya tidak mempunyai sebarang kaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), atau Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Kelas Maya tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan, hasil permohonan, atau sebarang isu berkaitan proses permohonan dan semua maklumat yang dipaparkan adalah untuk tujuan rujukan serta panduan sahaja.
Cadangan Susun Atur 2027
Pilih sekolah idaman anda, kami bantu susun! â¨
Cara Menggunakan Aplikasi Ini:
- Pilih Sekolah Idaman: Klik pada kotak sekolah yang anda minati dari senarai di bawah.
- Dapatkan Cadangan Susunan: Tekan butang "Susun Pilihan Saya" untuk melihat cadangan susunan strategik.
- Analisa 3 Pilihan Terbaik: Di tetingkap cadangan, pilih 3 sekolah untuk permohonan akhir dan sistem akan menganalisa sama ada susunan anda logik atau tidak.
Nota Penting Polisi 2027:
- PERATURAN BARU 2027: Memandangkan MRSM Premier kini mewajibkan UKKM, ia dianggap sebagai sekolah bersyarat ujian. Anda WAJIB meletakkan sekolah Ujian Khas/UKKM (Semua MRSM & SBP/SMKA Tahfiz) SEBELUM sekolah program biasa (SBP Perdana/SMKA Pakej Agama).
- Memahami GPS: Gred Purata Sekolah untuk SPM. Nilai yang lebih RENDAH menunjukkan pencapaian yang LEBIH BAIK dan cemerlang (cth: GPS 1.2 lebih sukar untuk masuk berbanding GPS 2.5).
- MRSM: Program adalah kekal sehingga Tingkatan 5, kecuali pelajar aliran Premier berpeluang memohon ke aliran Bitara semasa di Tingkatan 4. Calon hanya dibenarkan memohon 1 Program Khas MRSM sahaja.
- SBP: Sewaktu Tingkatan 1-3, pelajar mengikuti pakej Perdana, Agama, atau Tahfiz. Apabila masuk ke Tingkatan 4, mereka akan memilih aliran STEM, STEM Agama, atau STEM Tahfiz. Nota: KISAS merupakan satu-satunya SBP menawarkan aliran Sastera, namun ia hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 sahaja (tiada di Tingkatan 1).
* Maklumat pelaksanaan DLP tidak dinyatakan dalam laman rasmi permohonan PKSK.
Keutamaan Khas (Tapis Senarai MRSM):
Sesiapa sahaja boleh memohon sekolah ini, namun sekolah-sekolah di bawah mempunyai kuota khas & kelebihan untuk pemohon dari latar belakang berikut:
* Senarai di bawah kini HANYA memaparkan sekolah yang menyediakan kuota khas secara eksklusif.
Akses Terhad
Ini hanyalah sebahagian senarai sekolah. Akses penuh untuk melihat keseluruhan senarai dan menyemak susunan pilihan adalah khusus untuk Pelajar dan Ibu Bapa Kelas Maya 2027. Sila log masuk ke akaun anda.
Log Masuk Sekarang