HOUSE RULE KELAS LIVE 📌
Sila pastikan anda membaca dan mematuhi panduan di bawah untuk kelancaran sesi kelas LIVE Kelas Maya.
- 🔑 WAJIB: Sila buat ujian log masuk (test login) ke Portal Kelas Maya sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kelas bagi memastikan anda boleh mengakses portal tanpa sebarang masalah.
- ⏱️ Guru perlu log masuk ke Room Zoom 10 minit sebelum kelas bermula.
- 👨💻 Admin akan membuka Room Zoom 30 minit lebih awal.
- 🖥️ Guru perlu “share screen” 5 minit sebelum kelas supaya lebih bersedia.
- 🚫 Selepas Guru “share screen”, Guru perlu “disable annotation”.
- 🪟 Guru perlu pastikan slide dan portal dalam keadaan “full screen”.
- 🖼️ Guru perlu menetapkan dan menggunakan Virtual Background (Latar Belakang) Kelas Maya rasmi yang telah diberikan sebelum mula mengendalikan kelas.
- 🛜 MASALAH TEKNIKAL: Sila semak sambungan WiFi/internet anda sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kelas. Lakukan mock meeting dan gunakan peranti lain (seperti telefon pintar) untuk menyemak sama ada paparan dan suara anda adalah jelas. Jika terdapat sebarang masalah, maklumkan kepada Shafiqa sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kelas bermula.
- 📚 WAJIB: Pihak Kelas Maya akan memberikan taklimat (briefing) seminggu sebelum siri kelas bermula. Oleh itu, guru mempunyai masa yang mencukupi dan diminta untuk meneliti bahan pengajaran sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan anda benar-benar faham flow sesi pengajaran tersebut.
- 📊 Guru perlu peka dengan kuantiti slide yang bakal digunakan dalam kelas.
🚀 Terus Mula Tepat Pada Masanya!
Guru boleh terus mula kelas mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak perlu bertanya kepada Admin Kelas Maya untuk start, terus sahaja mulakan pengajaran!
😁 Cipta Pengalaman Yang Gembira!
Tugas terpenting anda adalah membuatkan pelajar tersenyum dan berasa seronok! Pastikan suasana pembelajaran sentiasa ceria, bertenaga, dan positif. Pelajar yang gembira lebih mudah menyerap ilmu. ✨
- 🥰 Kekalkan persekitaran yang selesa dan positif untuk mengelakkan pelajar merasa bosan.
- ⏳ Rancangkan masa dengan baik agar kelas dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa tergesa-gesa.
- 🤖 Guru perlu menggunakan Sistem AI Kelas Maya sepenuhnya sewaktu kelas untuk menunjukkan kepada pelajar tentang kemudahan dan penggunaannya.
- 🛑 DISIPLIN PELAJAR: Sekiranya terdapat pelajar yang berkelakuan kurang sopan atau mengganggu sesi pembelajaran, JANGAN tegur pelajar tersebut secara terus di dalam kelas. Sila maklumkan segera kepada Admin Kelas Maya yang bertugas untuk tindakan lanjut.
- 📝 Ingatkan pelajar untuk mengisi borang maklum balas sebelum menamatkan sesi kelas. Bahagian ini terletak pada tab yang terakhir di bawah senarai modul Kelas LIVE Minggu 1: 27 - 30 April atau Minggu 2: 4 - 7 Mei.
📝 Link Borang Maklum Balas
- 📢 Maklumkan kepada pelajar tentang kelas yang akan datang dan minta mereka hadir (sama ada esok, sebentar lagi, atau siri Persediaan PKSK seterusnya).
- 🗓️ Guru perlu peka dengan jadual dan kelas seterusnya dengan menyemak jadual yang telah diberikan.
- 🚨 PENTING: Sekiranya berlaku sebarang masalah atau kecemasan sebelum atau semasa kelas, Guru boleh terus hubungi Shafiqa. Sebarang kesalahan berkenaan slide juga boleh terus dirujuk kepadanya.
Program Persediaan PKSK 2026
Jadual Kelas Maya 2026
Memuatkan Kira Detik...
8:00 malam - 9:30 malam
-
ISNIN 27 APRIL
Artikulasi Penulisan & BM Cikgu Hema
-
SELASA 28 APRIL
Sains Cikgu Syahira
-
RABU 29 APRIL
Matematik Cikgu Zul
-
KHAMIS 30 APRIL
Pengetahuan Am Cikgu Syai
-
ISNIN 4 MEI
Kecerdasan Intelek (IQ) Cikgu Zul
-
SELASA 5 MEI
Bahasa Inggeris (BI) Cikgu Shareen
-
RABU 6 MEI
Teknologi Cikgu Zul
-
KHAMIS 7 MEI
Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ) Cikgu Syai
Kalendar Kelas
April
Mei
Cara Akses Kelas LIVE Di Portal
🚫 TIADA PAUTAN ZOOM akan diberikan. Semua akses adalah melalui Portal Kelas Maya sahaja.
Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan (password) yang telah diberikan.
💡 PENTING: Sila pastikan anda telah mencuba untuk log masuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kelas bermula pada peranti yang akan digunakan semasa sesi LIVE.
Setelah berjaya log masuk, klik dan pilih kelas anda. Pilih Persediaan PKSK: ASAS dan tekan butang Mula Kelas.
Tatal (scroll) ke bahagian paling bawah dan cari Kelas LIVE Minggu 1: 27 - 30 April atau Minggu 2 - 7 Mei. Terdapat 8 buah kelas kesemuanya, dan setiap tab mewakili tarikh yang berbeza. Sila pastikan anda memilih tarikh yang betul!
Pilih Join in Zoom App untuk menyertai menggunakan aplikasi Zoom, ATAU Join in Browser untuk menyertai terus melalui pelayar web (browser).
🔑 Sekiranya menggunakan pelayar web, sila masukkan kata laluan: KELASMAYA
🛜 Menghadapi Masalah Zoom?
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan aplikasi Zoom, sila tekan tab STREAMING di bahagian bawah ruangan kelas LIVE.
🎥 Jangan risau jika terlepas kelas!
Rakaman akan tersedia serta-merta di ruangan kelas tersebut. Pautan atau butang Zoom akan bertukar menjadi video rakaman secara automatik selepas sesi ditamatkan.
Sila simpan halaman ini sebagai rujukan sepanjang program berlangsung.
Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di [email protected]
atau lebih digalakkan melalui WhatsApp:
💬 Hubungi WhatsApp
https://kelasmaya.my
Aceture Network (SSM Reg No: 201903195965)